Ujian yang berat kadangkala meruntuh rasa..Mengoyahkan jiwa..Tatkala hati berbisik..Ke mana pergi jiwa yang membara dahulunya...Ke mana perginya ukhuwah yang di bina...Kadangkala hati berbisik lagi...Ingin menyendiri dan jauh pergi...Ujian itu satu rahmat tetapi aku sebagai hamba rasa tidak mampu untuk menanggung lagi..Adakah ini ujian untuk melihat hati yang sebenar ingin berjuang...Ohh Tuhan... Hanya Engkaulah saja yang mendengar rintihan hati ini...
S.M.S Ku Terima - 4
" Keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta, pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung ringan dan mudah, keyakinan pada janji-janji ALLAH menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan dan ujian berat "
S.M.S Ku Terima - 3
" Wahai maha pengasih, jika sahabatku jatuh cinta, benihkan cintanya kepada seseorang yang melabuhkan cinta kepadamu, agar bertambah kekuatannya untuk mencintaiMu, Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh hati, izikanlah dia menyentuh hati orang yang hatinya taubat kepadaMu, agar sahabatku tak jatuh dalam jurang cinta yang murah, Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku rindu, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalanMu, Wahai maha penyayang, jika sahabtku rindu, jagalah rindunya kepada dia agar sahabatku tak lalai merindui syurgamu.."
S.M.S Ku Terima-2
" Cinta bukan melemahkan hati..bukan pembawa putus asa.. bukan menimbulkan tangis dan sedu sedan TETAPI cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan- HAMKA"
S.M.S ku terima
" Aku menghormatimu kerana Iman yang kau miliki... Aku mengingatimu kerana akhlak yang menghiasi dirimu, Aku menghargai kerana Islam yang menjadi cara hidupmu..." "Namun kecintaaku padaNYA telah meletakkan aku kagum hanya pada yang satu. Apabila aku kagum padamu maka sebenarnya aku lebih kagum pada penciptamu. Dan aku mahu perasaan ini tetap dihatiku "
No comments:
Post a Comment