Thursday, April 23, 2009

Laskar Pelangi - Pendidikan Untuk Semua

bait-bait kata dalam laskar pelangi....

“menjadi pemimpin adalah sesuatu yang mulia”

“setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak"

“ Sekolah ini sekolah yang mengajar pendidikan agama dan budi perkerti bukan hanya Pelengkap Kurikulum, Kecerdasan dilihat Bukan sekadar dari nilai-nilai dan akal tapi dari HATI”.

“ Kekuatan itu dibentuk oleh IMAN bukan oleh jumlah Tentera. Kalian harus teguhkan pendiria, kalian harus punya ketekunan, keingin yang kuat untuk mencapai cita, kalian harus punya keberanian dan pantang menyerah walaupun di uji. Dan INGATLAH HIDUP MESTI MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA, JANGN MENERIMA SEBNYAK-BANYAKNYA”.

“Kita semua harus punyai cita-cita dan sekolah ini kita mulakan cita-cita kita”

“ ..Aku tidak bermimpi untuk menjadi isteri saudagar, tapi aku bermimpi ingin menjadi guru…”

“KEJARLAH PERLANGI HINGGA KE HUJUNG DUNIA, JANGAN MUDAH MENYERAH”

Sunday, April 19, 2009

Mutiara Hati Dari Tok Guru



Semalam saya berpeluang mengikuti pelancaran buku " Bidadari Dari Timur " satu memoir Isteri Tuan Guru ( Tuan Sabariah Tuan Ishak) oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz sendiri. Banyak pengalaman dan ilmu yang dikongsi walaupun dengan keadaan Bilik Kedah di Aras 2 PWTC yang penuh sesak kerana semuanya hendak melihat dan mendengar amanat oleh tok guru secara live dan lebih dekat lagi. Pesanan Tok Guru " Nak panjang Umur, Bacalah Buku"......






Lautan Buku mengatasi Lautan Manusia

Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Sunday, April 12, 2009

success selalu


- kemaafan kupohonkan -

Salam,
ribuan kemaafan kupohonkan kerana tidak mengupdated blog,
dihimpit dengan pelbagai tugasan dan kerja
dihampiri dengan musim peperiksaan yang akan tiba,
siri ke-2 akan menjelma,
InsyaALLAH akan kembali semula.

Monday, April 6, 2009

Kisah di ketika hening senja

siri 1.


Ketika waktu dihening senja. Tiba-tiba ku menerima satu panggilan yang mengejutkan ku dari dibuai angan-angan kosong. Tertera nombor panggilan yang tidak kukenali dan aku berusaha untuk menjawabnya walaupun pada hatiku, malas rasanya hendak menjawab panggilan yang tidak ku kenali itu...



Tidak Ku Kenali : Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Fahmi?

Aku : Waalaikumsalam, boleh saya lah Fahmi. Sapa ya yang bercakap ni?

Tidak Ku Kenali : Pak Cik ni Ayah Suraya, kamu kenal dengan Suraya?

Aku : Suraya, kenal pakcik, kenapa dengan Suraya pakcik?

Ayah Suraya : Betul ka sekarang kamu berkawan dengan Suraya?

Aku : Ye pakcik, kenapa pak cik?

Ayah Suraya : Kamu asal mana, Ayah ibu kamu kerja apa?

Aku : Saya asal Kedah pakcik dekat dengan Baling?

Ayah Suraya : Baling ! dekat sempadan Thailand itu! Ayah kamu kerja apa?

Aku : Ya pakcik dekat sempadan Thailand. Ayah saya penoreh getah pakcik.

Ayah Suraya : Penoreh getah!!!...Kamu tahu tak ayah dan ibu Suraya kerja apa?

Aku : Tahu pakcik!! Pak cik seorang jurutera, mak cik pula seorang akauntan.. kenapa pak cik?

Ayah Suraya : Tahupun kamu, adakah layak kami nak bermenantukan anak penoreh getah ?

aku terdiam seketika..

Ayah Suraya : Mampukah kamu nak bagi kemewahan kepada Suraya, sedangkan kamu sendiri pun belum berpendapatan lagi...., malulah pakcik nanti kawan-kawan pakcik tanya sapa menantu pakcik nanti, takkan pak cik nak jawab anak penoreh getah....cuba kamu fikir?

Aku : Ya saya mengaku pak cik, memang saya anak penoreh getah!!!!

Ayah Suraya : Abg-abg mari pulak saya bercakap dengan budak tak sedar diri itu, nak kahwin dengan anak kitaaa... sedarla cikit dahla anak penoreh getah, busuk !!!

Mak Suraya : Ha, kamu ni , tak sedar diri lagi ka, dah la miskin, ada hati nak kahwin dengan anak makcik... nak jadi menantu mak cik pun biarla anak datuk ka tan sri ka, tak pun anak professor ka, ni anak penoreh getah... sedarla ckit?

Aku : Saya sedar mak cik!! tapi mak cik saya benar-benar cintakan Suraya!!!

Mak Suraya : Pergilah dengan cinta kamu tu...kamu ingat cinta kamu tu boleh bawa kebahagiaan kepada Suraya... kamu nak bagi anak mak cik tinggal di dalam kebun getah, dengan nyamuk yang banyak, rumah buruk macam pondok...

Aku : Cukup makcik. jangan hina keluarga saya . Saya pun ada hati dan perasaan mak cik..

Mak Suraya : Tahu pun kamu.. Mulai sekarang, makcik tak mahu kamu berhubung dengan Suraya lagi. Mak cik nak kamu putuskan hubungan dengan Suraya. Pakcik dan Makcik nak kahwinkan Suraya dengan anak Datuk Ahmad.. bulan depan diorang kahwin... Dah-dah mari saya pulak cakap dengan budak itu!!!

Ayah Suraya : Pak cik bagi amaran sekali lagi. jangan kamu berhubung lagi dengan Suraya lagi, kalau kamu masih ganggu dia lagi nahas kamu nanti. Ingat kamu tak layak jadi menantu pak cik!!! tuppppppppppppppppppppppppppppppppp......


Aku terduduk terdiam seketika. Kenapakah aku dihina sebegini. Hinakah aku sebagai anak seorang penoreh getah. Hinakah aku!!Hinakah aku!!!Hinakah aku!!!..........

Sunday, April 5, 2009

Permata Yang Dicari

Permata Yang DiCari oleh:
DeHearty
**********
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikkuDamaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Monday, March 30, 2009

Salam Jaulah


Sesi pertemuan dan perbincangan






friendly futsal

makan malam

mengenal cinta meraih ALLAH

Karya Misbah Em Majidy & TGNA



bab 1 - ragam cinta dalam Al-Quran
bab 2 - kasih ibunda Musa kpd Musa as
bab 3 - kasih Ya'qub kpd Yusuf as
bab 4 - kasih Asiyah bt Muzahim kpd Musa as
bab 5 - kisah cinta Zulaikha kpd Yusuf as
bab 6 - cinta Shafura' puteri Nabi Syu'aib kepada Musa as
bab 7 - kisah kasih Sulaiman as dgn Balqis
bab 8 - cinta Maryam Puteri Imran kpd Rabb(Tuhan)
bab 9 - Qarun ikon kerakusan
bab 10 - Firaun ikon kediktatoran
bab 11 - persaudaraan berlandaskan cinta ALLAH
bab 12 - wajah pengorbanan di jalan ALLAH
bab 13 - hakikat cinta - wajah cinta para Sufi

Tuesday, March 24, 2009

What u give, u get back

what u give, u get back

what u give , u get back

what u give, u get back



apa sebenarya maksud dia ????

Monday, March 23, 2009

kenangan

firdaus


tulisan khat



retreat ALUMNI


syabab musafir kasih



Novel ke-2

Novel 1

Saturday, March 21, 2009

You Bee Emm

tertinta satu tulisan di blog sahabiahku mengenai You Bee Emm, agak luas isinya & cekang kulitnya. satu wacana yang padat dengan kisah dan jangkauan. apabila ku menelitinya, teringat ku kepada monolog yang diluahkan di dalam tautan hati, agak sama hujahnya namun teknik dan gaya tintanya yang lebih memudahkan aku......

Ramai org berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan,mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh
RISIK dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasanNYA tidak boleh dipermainkan...
- monolog Asiah Yusra -
tinta mufakkir - 10.09 p.m

Friday, March 20, 2009

- testing - testing -

nampaknya ujikajiku tentang perasaan seseorang melalui tulisan nampaknya hampir berjaya. Puas ku menilai dan mengeksperimennya, agak lama juga, agak lenguh juga menaip, aahhhh! tapi tidak apa, itu untuk kebaikan bersama, kadang-kadang dah dapat keputusannya, kemudian perlu berpatah balik ke step pertama semula akibat terlupa sesuatu perkara.Kadang-kadang hampir putus asa, tapi kugagahkan jua, demi seorang dua. Dan akhirnya keputusan dan cadangan telah pun kujumpa dan kusua kepadanya. Kajian ini bukan kuminta tapi kurela melakukannya demi seorang dua....

tinta mufakkir - 12.59 a.m

Thursday, March 19, 2009

- Dia Tak Sama -

dia tak sama - monolog imtisal,
seru - monolog asiah yusra
derita - monolog imtisal
heboh - monolog imtisal
agrotourism - monolog asiah yusra
badai - monolog asiah yusra
antara dua bunga rebutan - monolog layyinul harir
feuwit, cunnya - monolog layyinul harir
seksanya rindu - monolog mak ngah siah
kebenaran - monolog imtisal
perbincangan - monolog hana
pergilah - monolog asiah yusra
tersungkur - hassan al-banna
cukuplah - monolog umar al-mujahid
risik - monolog asiah yusra
halaqoh cinta - monolog asiah yusra
hatiku milik-mu - monolog umar al-mujahid
cinta terlarang - monolog imtisal
hilang berganti - monolog asiah yusra
firasat bonda - monolog layyinul harir
impiannya bukan mimpi - monolog hana
begitu kehendaknya - monolog umar al-mujahid

tinggal satu bab lagi ni, sebelum ke novel seterusnya

si kain putih - monolog elya khadeeja

Wednesday, March 18, 2009

- tautan hati -

sebuah novel yang mengisahkan hidup seorang pendakwah kampus dalam menempuh jalan dakwahnya yang pernuh berliku, halangan sahabat, ibu bapa, pensyarah, masyarakat dan cinta dunia. Novel ini hasil nukilan Fatimaah Syarha dan dipinjamkan oleh Abg Radzi saat ku bertanya soalan padanya tentang jodoh. Katanya ....." baca buku ini lepas ni abg bagi lagi satu, nanti baru faham soal jodoh ini "., ." aaa, kena baca dua novel, aduhhh" kataku...

Doa Rabitah


" Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban da’wahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu. Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini dan tunjukkanlah hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahayaMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu. Dan matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada’ dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah, restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya." Amin.

tinta mufakkir

tinta pemikir...

pemikir yang dahagakan kedamaian

pemikir yang dahagakan keadilan

pemikir yang dahagakan kesejahteraan

kembali lagi

kembali lagi ke alam blogger...
sudah setahun ditinggalkan, tatkala prk kampus rancak berjuang....