Thursday, April 23, 2009

Laskar Pelangi - Pendidikan Untuk Semua

bait-bait kata dalam laskar pelangi....

“menjadi pemimpin adalah sesuatu yang mulia”

“setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak"

“ Sekolah ini sekolah yang mengajar pendidikan agama dan budi perkerti bukan hanya Pelengkap Kurikulum, Kecerdasan dilihat Bukan sekadar dari nilai-nilai dan akal tapi dari HATI”.

“ Kekuatan itu dibentuk oleh IMAN bukan oleh jumlah Tentera. Kalian harus teguhkan pendiria, kalian harus punya ketekunan, keingin yang kuat untuk mencapai cita, kalian harus punya keberanian dan pantang menyerah walaupun di uji. Dan INGATLAH HIDUP MESTI MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA, JANGN MENERIMA SEBNYAK-BANYAKNYA”.

“Kita semua harus punyai cita-cita dan sekolah ini kita mulakan cita-cita kita”

“ ..Aku tidak bermimpi untuk menjadi isteri saudagar, tapi aku bermimpi ingin menjadi guru…”

“KEJARLAH PERLANGI HINGGA KE HUJUNG DUNIA, JANGAN MUDAH MENYERAH”

Sunday, April 19, 2009

Mutiara Hati Dari Tok Guru



Semalam saya berpeluang mengikuti pelancaran buku " Bidadari Dari Timur " satu memoir Isteri Tuan Guru ( Tuan Sabariah Tuan Ishak) oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz sendiri. Banyak pengalaman dan ilmu yang dikongsi walaupun dengan keadaan Bilik Kedah di Aras 2 PWTC yang penuh sesak kerana semuanya hendak melihat dan mendengar amanat oleh tok guru secara live dan lebih dekat lagi. Pesanan Tok Guru " Nak panjang Umur, Bacalah Buku"......






Lautan Buku mengatasi Lautan Manusia

Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Sunday, April 12, 2009

success selalu


- kemaafan kupohonkan -

Salam,
ribuan kemaafan kupohonkan kerana tidak mengupdated blog,
dihimpit dengan pelbagai tugasan dan kerja
dihampiri dengan musim peperiksaan yang akan tiba,
siri ke-2 akan menjelma,
InsyaALLAH akan kembali semula.

Monday, April 6, 2009

Kisah di ketika hening senja

siri 1.


Ketika waktu dihening senja. Tiba-tiba ku menerima satu panggilan yang mengejutkan ku dari dibuai angan-angan kosong. Tertera nombor panggilan yang tidak kukenali dan aku berusaha untuk menjawabnya walaupun pada hatiku, malas rasanya hendak menjawab panggilan yang tidak ku kenali itu...



Tidak Ku Kenali : Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Fahmi?

Aku : Waalaikumsalam, boleh saya lah Fahmi. Sapa ya yang bercakap ni?

Tidak Ku Kenali : Pak Cik ni Ayah Suraya, kamu kenal dengan Suraya?

Aku : Suraya, kenal pakcik, kenapa dengan Suraya pakcik?

Ayah Suraya : Betul ka sekarang kamu berkawan dengan Suraya?

Aku : Ye pakcik, kenapa pak cik?

Ayah Suraya : Kamu asal mana, Ayah ibu kamu kerja apa?

Aku : Saya asal Kedah pakcik dekat dengan Baling?

Ayah Suraya : Baling ! dekat sempadan Thailand itu! Ayah kamu kerja apa?

Aku : Ya pakcik dekat sempadan Thailand. Ayah saya penoreh getah pakcik.

Ayah Suraya : Penoreh getah!!!...Kamu tahu tak ayah dan ibu Suraya kerja apa?

Aku : Tahu pakcik!! Pak cik seorang jurutera, mak cik pula seorang akauntan.. kenapa pak cik?

Ayah Suraya : Tahupun kamu, adakah layak kami nak bermenantukan anak penoreh getah ?

aku terdiam seketika..

Ayah Suraya : Mampukah kamu nak bagi kemewahan kepada Suraya, sedangkan kamu sendiri pun belum berpendapatan lagi...., malulah pakcik nanti kawan-kawan pakcik tanya sapa menantu pakcik nanti, takkan pak cik nak jawab anak penoreh getah....cuba kamu fikir?

Aku : Ya saya mengaku pak cik, memang saya anak penoreh getah!!!!

Ayah Suraya : Abg-abg mari pulak saya bercakap dengan budak tak sedar diri itu, nak kahwin dengan anak kitaaa... sedarla cikit dahla anak penoreh getah, busuk !!!

Mak Suraya : Ha, kamu ni , tak sedar diri lagi ka, dah la miskin, ada hati nak kahwin dengan anak makcik... nak jadi menantu mak cik pun biarla anak datuk ka tan sri ka, tak pun anak professor ka, ni anak penoreh getah... sedarla ckit?

Aku : Saya sedar mak cik!! tapi mak cik saya benar-benar cintakan Suraya!!!

Mak Suraya : Pergilah dengan cinta kamu tu...kamu ingat cinta kamu tu boleh bawa kebahagiaan kepada Suraya... kamu nak bagi anak mak cik tinggal di dalam kebun getah, dengan nyamuk yang banyak, rumah buruk macam pondok...

Aku : Cukup makcik. jangan hina keluarga saya . Saya pun ada hati dan perasaan mak cik..

Mak Suraya : Tahu pun kamu.. Mulai sekarang, makcik tak mahu kamu berhubung dengan Suraya lagi. Mak cik nak kamu putuskan hubungan dengan Suraya. Pakcik dan Makcik nak kahwinkan Suraya dengan anak Datuk Ahmad.. bulan depan diorang kahwin... Dah-dah mari saya pulak cakap dengan budak itu!!!

Ayah Suraya : Pak cik bagi amaran sekali lagi. jangan kamu berhubung lagi dengan Suraya lagi, kalau kamu masih ganggu dia lagi nahas kamu nanti. Ingat kamu tak layak jadi menantu pak cik!!! tuppppppppppppppppppppppppppppppppp......


Aku terduduk terdiam seketika. Kenapakah aku dihina sebegini. Hinakah aku sebagai anak seorang penoreh getah. Hinakah aku!!Hinakah aku!!!Hinakah aku!!!..........

Sunday, April 5, 2009

Permata Yang Dicari

Permata Yang DiCari oleh:
DeHearty
**********
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikkuDamaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu